Mothers of Nations (Bahasa Malaysia)Download this Sermon Ibu bangsa-bangsa.
(Kebaktian Mother’s Day)
Pengenalan tentang Sarah
Sarai dalam bahasa Ibrani
bererti “puteri raja”. Sarai telah
ditukarkan oleh Tuhan kepada Sarah yang bererti ibu kepada bangsa-bangsa.
Sarah adalah isteri kepada Abraham yang telah mengikuti
suaminya untuk pergi ke tanah Kanaan melalui Haran. Mereka
terpaksa membelok ke Mesir kerana bencana kelaparan. Sarah memang seorang
yang sungguh cantik sehingga Abraham menjangkakan malapetaka akan
menimpanya (Kej 12:11-13) bila berada di Mesir kelak.
01. Penyerahan
hak Sarah kepada suaminya.
Sarah setuju dengan
cadangan Abraham untuk menganggap dirinya sebagai saudara perempuan kepada
Abraham.
Sarah rela dijadikan sebagai senjata perisai nyawa Abram dan
umpan untuk memperolehi hadiah daripada raja Firaun. Sebenarnya
Sarai juga mempunyai hak sebagai seorang isteri namun hak ini akur dengan
keputusan Suaminya iaitu Abram.
Dalam hal ini, hati Sarai
sebenarnya amat terluka dengan tingkah laku suaminya yang mementingkan diri
sendiri dan pengecut.
Walaupun taktik kotor ini dianggap sebagai kebijakan Abram
tetapi tanpa sedar bahawa Sarai merasa moral dirinya begitu murah dan menjadi
mangsa ketidak bertanggungjawaban Abram. Alkitab tidak
mencatatkan mengenai pernyataan pertahan diri Sarai terhadap kelakuan Suaminya.
Dia menurut sahaja kemahuan Suaminya yang ala dictator dan
sifat Abraham yang dominan membuat Sarai menyerah kepada keputusan suaminya.
02. Sarai
menjadi isteri orang lain
Sarai adalah seorang yang
memiliki keperibadian yang terbaik dan wanita pilihan Allah sendiri. Nama
Sarai yang bererti “puteri raja” sendiri menunjukkan bahawa Sarai
bermaruah tinggi dan berada di kalangan wanita yang terpilih. Ketika Firaun melihat kecantikan Sarai, Firaun berkeinginan untuk
menjadikan Sarai sebagai isterinya. Sebagai wanita yang taat kepada
suaminya, Sarai berada dalam persimpangan jalan sama
ada mentaati keinginan Firaun sebagai raja atau mengekalkan ketaatannya dengan
suaminya.
Ada isteri atau ibu-ibu
yang berada dalam persimpangan jalan iaitu antara berusaha untuk mengekalkan
perjanjian dalam perkahwinan atau melarikan diri daripada suami yang tidak
bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Saya percaya
sikap Sarai yang tidak pernah berubah iaitu sikapnya yang sentiasa bersandar
kepada Tuhan. Dalam hal ini, Sarai akhirnya ditolong
oleh Tuhan supaya keluar daripada delima yang dihadapinya. Berapapun besar masalah yang kita hadapi, Tuhan sanggup menolong
kita. Kedudukan Sarai adalah sulit dan tidak bermaya
untuk mempertahankan haknya sebagai isteri yang setia atau terpaksa
mengorbankan keselamatan suaminya.
03. Sarah
rasa dihina.
Kehinaan Sarai terhadap
suami, keluarga dan masyarakat yang ada disekitarnya adalah bila Sarai
ditakdirkan sebagai seorang perempuan yang mandul (Kej 16:2-3). Sikap
Sarai yang suka mengalah dan lebih mengutamakan kepentingan suaminya. Sarai berusaha untuk membahagiakan suaminya dan inilah yang
digumuli oleh Sarai lebih daripada sepuluh tahun. Sarai
menganggap dirinya sebagai penghalang kegenapan rencana Tuhan kepada Abraham.
Sarah mungkin menganggap dirinya sial dan dia bukanlah
pilihan Tuhan. Oleh yang demikian dia rela berkorban
untuk memberikan pembantu rumahnya Hagar untuk menyambung zuriat Abraham.
Ketika Hagar melahirkan Ismael bagi Abraham, sekali lagi
Sarai menghadapi perasaan tertolak dan penghinaan terhadap dirinya. Sarai begitu tertumpu kepada hal-hal negatif terhadap dirinya dan
mengandaikan perkara yang bukan-bukan. Bagi Sarai, ia
tidak dapat membahagiakan Abram dan mengenapi janji Tuhan kepada keluarganya.
Oleh yang demikian ia mengambil keputusan untuk
memadukan Hagar bagi menutupi keibannya.
04. Sarah
sebagai pilihan Tuhan.
Dalam Kejadian 17, Tuhan sungguh
memperhatikan pergumulan Sarai dan berjanji kepada Sarai bahawa dia akan dijadikan sebagai ibu kepada bangsa-bangsa. Hal yang paling penting di sini adalah, tidak ada seorangpun yang
boleh mengugat janji Tuhan dan orang yang dipilihan Allah. Allah terus mengenapi janji-Nya kepada Abram dan Sarai. Ada ramai orang Kristian mengalah sebelum berusaha dan tidak yakin
terhadap janji Tuhan dalam kehidupan mereka. Mereka
lupa bahawa status mereka berubah kepada umat perjanjian Tuhan sewaktu mereka
menerima Yesus sebagai Tuhan dan juruselamat. Sarah beranggapan bahawa
janji Tuhan terhadap dirinya tidak akan terjadi dan
hal ini mustahil dibandingkan dengan umur tuanya yang lebih daripada 90 tahun. Sarai
tertawa bila tetamu Abram menyatakan bahawa Sarai akan
melahirkan anak dalam masa tuanya (Kej 18:10-12). Bagi Sarai, kejadian ini
tidak mungkin berlaku dalam dirinya dan dia tertawa kelucuan mengenai suatu
pernyataan yang tidak lojik bagi dirinya. Sarai menafikan dan
menyangkalkan sikap ketidak percayaannya. Apabila kita lanjutkan cerita
mengenai Sarah, kita mendapati bahawa dalam Kejadian bab
21:1-7, Sarah akhirnya melahirkan Ishak. Janji Tuhan kepada orang pilihan pasti
akan terlaksana. Apakah janji Tuhan
kepada kita khususnya kepada ibu-ibu dan keluarga? Janji Tuhan kepada
Abraham adalah, menjadi bangsa yang besar, nama yang
masyhur dan janji pemberkatan kemakmuran. Saya percaya bahawa
janji ini juga menjadi bahagian bagi kita orang-orang percaya. Untuk menerima janji ini, kita perlu belajar daripada cirri-ciri
yang ada pada kehidupan Sarah.
3
Ciri Ibu Bangsa-bangsa.
- Sarah sebagai
teladan kepercayaan kepada Allah – Yes 51:2
Sarah diakui sebagai ibu
kepada bangsa Israel pada zaman Yesaya. Yesaya mendorong umat Israel yang
berada dalam situasi pemulihan dengan menyatakan bahawa umat Israel masah
berkenaan di hadapan Tuhan sama seperti Tuhan mengasihi
Abraham dan Sarah. Sarah menganbil keputusan untuk tetap
percaya kepada Allah walaupun janji Tuhan terhadap dirinya sepertinya mustahil
terlaksana. Kepercayaan Sarah kepada Tuhan dipancarkan
kepada suaminya. Sarah juga percaya kepada Suaminya
walaupun terpaksa mengorbankan fungsinya sebagai isteri kepada Abram. Ada ramai orang yang percaya kepada Tuhan namun gagal mempercayai
orang termasuk suami atau isterinya. Memang sukar
untuk mempercayai orang yang pernah melukai hati kita. Sarah walaupun
dilukai oleh suaminya namun ia mengalah dan tetap
percaya kepada suaminya. Sarah yakin dan percaya bahawa Tuhan
mampu bertindak dan membela dirinya tanpa campur tangan dirinya sendiri.
- Iman Sarah
diperhitungkan sebagai kebenaran – Rom 4:19-22, Ibr 11:11
Ketika Sarah berusia lebih
90 tahun, Sarah dikatakan bahawa tubuhnya sudah lemah malah kandungannya sudah
tertutup, namun Sarah masih beriman terhadap janji Allah kepadanya. Dia
percaya dan yakin terhadap janji Allah dan mengambil keputusan untuk tetap memuliakan
Tuhan. Sarah yakin bahawa Allah berkuasa melakukannya apa
yang telah dijanjikan Tuhan kepada dirinya. Dalam keadaan
yang agak mustahil mendapatkan anak, Sarah mengadakan kekuatan supaya beriman
sehingga akhirnya dia mendapatkan anak. Dalam hal ini,
Sarah sungguh setia, beriman dan sebaliknya Tuhan setia kepada janji-Nya kepada
Sarah. Iman Sarah diperhitungkan Tuhan sebagai
kebenaran.
- Ibu dan Isteri yang
baik
i. Sarah
ibu kepada anak-anak perjanjian – Rm
9:8-9
Sarah dikaitkan sebagai
bukan saja ibu kepada bangsa-bangsa tetapi ibu kepada anak-anak perjanjian. Jumlah
anak yang dilahirkan oleh seorang ibu tidak menunjukkan kualiti tinggi seorang
ibu. Proses yang dialami oleh Sarah untuk memperanakkan Ishak adalah
kualiti yang penting bagi Tuhan sehingga Sarah dijadikan ibu segala bangsa.
Tuhan menunjukkan bahawa
hanya Sarah yang layak menerima galarang sebagai ibu kepada
bangsa-bangsa.
ii. Seorang
isteri yang bersikap baik terhadap suaminya – 1
Petrus 3: 4-6.
Ayat ini menyatakan
bahawa perhiasan wanita bukanlah pada kecantikan fizikal tetapi sikap mereka
terhadap Tuhan dan pembawaan mereka dalam keluarga.
a. Menaru pengharapannya kepada
Allah
– Apapun proses dan pergumulan yang dihadapi oleh Sarah, ia tahu siapa dirinya dihadapan Tuhan dan dihadapan
suaminya. Dia selalu berharap kepada Tuhan dan menyerahkan
seluruh cabaran yang dihadapi dalam keluarganya.
b. Tunduk kepada suami – Dikatakan bahawa
Sarah sungguh menghormati suaminya Abraham sehingga menyebut Suaminya sebagai tuan. Sebutan tuan kepada suaminya
tidak menunjukkan kerendahan maruah wanita dihadapan lelaki. Apa yang
ditekankan dalam bahagian ini adalah sikap kehambaan Sarah terhadap suaminya. Mesej ini tidak hanya tertuju kepada wanita sahaja tetapi semua
manusia di bumi termasuk lelaki. Manusia diciptakan
daripada tanah yang bersifat faminin. Di hadapan
Kristus, semua manusia diumpamakan sebagai mempalai wanita manakala Kristus
adalah mempalai lelaki menjalang datangnya perkahwinan anak domba. Semua
manusia patut tunduk dan melakukan perintah Tuhan.
Apakah yang dimaksudkan
untuk menjadi ibu kepada bangsa-bangsa? Hal ini tidak
hanya berbicara soal keibuan secara fizik tetapi secara spiritual.
Peranan Sarah bukan hanya menjadi mesej untuk ibu-ibu tetapi peranan orang-orang percaya
sekarang ini. Kita harus menunjukkan nilai-nilai keibuan Sarah kepada dunia ini
sehingga mereka akan bertemu kepada Bapa di syurga. Apa yang kita buat sekarang ini akan menentukan apa akan
terjadi kepada generasi masa akan datang. Pencapaian-pencapaian orang percaya
pada masa akan datang dipengaruhi oleh ibu-ibu rohani
masa kini. Pepatah mengatakan “kalau engkau melihat
masa lalumu, lihatlah dirimu sekarang, kalau engkau melihat masa depanmu,
lihatlah apa yang sedang engkau lakukan sekarang”. Selamat hari ibu, Tuhan memberkati.
Ps Bios Solingkin SIB Metro Church - Bahasa Malaysia Service
|