Markus 2:1-12

Download this Sermon

Markus 2:1-12

Kerinduan Yesus untuk menyatakan kuasa dan mujizat-Nya di akhir zaman ini lebih besar daripada kerinduan manusia untuk melihat dan mengalami mukjizat. Yesus mahu supaya umat Tuhan menyaksikan pelayanan yang menakjubkan dan menghairankan sehingga orang akan berkata, “yang begini belum pernah kita lihat” (Markus 2:12).

Teks ini berbicara mengenai pelayanan mengotong orang atau mengangkat orang yang patut disembuhkan oleh Yesus. Orang lumpuh tidak hanya merujuk kepada kelumpuhan fizikal sahaja tetapi kelumpuhan rohani. Ramai orang yang masih hidup normal secara fizikal tetapi pada ladzimnya, mereka lumpuh secara rohani. Orang yang lumpuh hanya bergantung kepada kemurahan dan kebaikan orang-orang yang ada di sekitarnya.

Hal pertama yang kita pelajari dalam teks ini adalah  kemahuan tuan rumah mengundang Yesus masuk dan melayani dalam rumahnya. Cerita pelayanan Yesus yang mulai terkenal dan dapat menghadirkan ramai orang sudah tersebar luas sehingga di mana sahaja Yesus pergi, orang ramai akan mengikuti-Nya. Kalau Yesus diundang dalam kehidupan kita, keluarga, gereja dan masyarakat kita, maka apapun yang kita lakukan akan menjadi tumpuan orang ramai. Sebagai tuan rumah,  mereka bersedia untuk diserbu oleh orang ramai dan menghadapi banyak gangguan peribadi yang menguji kesabaran menangani perangai berbagai lapisan masyarakat.

Perkara kedua yang menjadi pelajaran kita dalam teks ini adalah kehadiran kelompok orang banyak yang bukan pula menolong pesakit tetapi menjadi penghalang.  Jemaah tidak sepatutnya menjadi penonton dan menghalang mukjizat Tuhan terjadi. Mereka sepatutnya penuh dengan kehausan kepada Tuhan dan melihat keperluan orang di sekitar kita. Jangan mempunyai sikap mementingkan diri sendiri sehingga orang yang sepatutnya layak menerima pertolongan tidak dapat dijangkau.  

Hal ketiga yang kita pelajari dalam bahagian ini adalah, kesungguhan empat orang yang tidak disebut namanya telah mengangkat orang lumpuh tersebut. Tidak dinyatakan secara teliti siapakah orang lumpuh ini dan apakah kaitannya atau hubungannya dengan empat orang yang lain, namun empat orang ini nekad untuk menghulurkan bantuan yang tidak terbelah bagi.  Mereka bukan sahaja dihalangi oleh ramainya orang dihadapan mereka tetapi, bagaimana membantu orang lumpuh ini naik ke atas atap rumah sehingga diturunkan di hadapan Yesus.

Pertama, mereka telah berjaya mendapat persetujuan dan keyakinan daripada orang lumpuh tersebut sehingga orang lumpuh ini tidak membentah dan rela dinaikkan ke atas walaupun berhadapan dengan risiko. Hal kedua adalah, keempat orang ini mempunyai tujuan yang sama, mempunyai peranan masing-masing, kesarasian yang sama dan berani ambil risiko.

Perkara keempat yang kita pelajari dalam teks ini ialah, “ketika Yesus melihat iman mereka” menunjukkan iman berkumpulan. Iman orang lumpuh ini tertolong oleh iman empat orang yang mengangkatnya ke depan Yesus. Mereka telah melihat keajaiban kuasa Yesus kerana Yesus telah melihat iman dan tindakan mereka yang disertai dengan usaha keras.

Ada ramai orang yang berkumpul di rumah tersebut tetapi kesembuhan orang lumpuh ini telah menakjubkan dan menghairankan orang ramai sehingga mereka berkata “yang begini belum pernah kita lihat”. Saya percaya, dalam masa-masa akhir zaman ini, kita sendiri akan menyaksikan dan mengalami kuasa dan mukjizat Tuhan sehingga orang akan berkata “yang begini belum pernah kita lihat”. Amin


Ps Bios Solingkin
SIB Metro Church BM Service on 16.08.2009
info@sibmetro.com


Lastest Sermons



Paul's Sermon on Mars Hill



Power of Your Word



Life out of Death



Confessing Past Sins



The Hope of Transformation



More

Designed by Angelina Hiew, angelina_hiew@hotmail.com