DIPULIHKAN

Download this Sermon

Message preached in Bahasa Malaysia by Ps Bios Solingkin on Sunday, October 12, 2008 at the SIB Metro Church City Mall Morning Service at 8.00 a.m.

Tema: “Hati yang hancur”  - Nehemia 2:2-6

Saya percaya bahawa kewujudan setiap kita di dalam dunia ini bukanlah suatu kemalangan ataupun kebetulan tetapi mempunyai tujuan tertentu dan kita hanya wujud dengan tujuan tersebut. Setiap kita yang hadir dalam ibadah hari ini diperhadapkan dengan banyak pilihan dan termasuklah saudara boleh beribadah di beberapa gereja sekitar Kota Kinabalu, namun saudara memilih untuk hadir dalam ibadah minggu di gereja ini, memuji Tuhan dan duduk mendengarkan firman Tuhan yang sedang disampaikan. Kalau engkau mendengarkan firman Tuhan pada hari ini, saya percaya anda bukan hanya memperolehi apa yang saudara dengarkan sahaja tetapi Roh Kudus akan terus memimpin saudara sehingga kita bukan hanya pendengar tetapi seorang pelaku kepada firman Tuhan.

Setelah selesai konferensi PMM SIB Sabah pada bulan Ogos yang lalu, saya masih mendapatkan beberapa sms yang mengatakan bahawa mereka sungguh diberkati dalam konferensi tersebut. Saya juga mendapatkan sms dan email daripada kawan-kawan  sepelayanan kita di Indonesia bahawa kehausan dan kelaparan kepada Tuhan di Sabah sungguh nyata dan mereka mendorong agar generasi baru di Sabah harus bangkit dan rela dipakai oleh Tuhan untuk memenuhi kehausan dan kelaparan ini. Dalam lawatan ke Miri Sarawak baru-baru ini bahkan lawatan saya ke konferensi GIG di Semananjung Malaysia membuatkan hati saya sungguh terharu kerana melihat kehausan dan kelaparan akan Tuhan sedang terjadi. Baru-baru ini, saya berada di SIB Sikuati Kudat dan melihat kelaparan dan kehausan yang sama. Ini menunjukkan bahawa Tuhan sedang melakukan sesuatu di negara kita sekarang ini dan saya secara peribadi mempunyai keinginan yang besar untuk terlibat dalam melaksanakan kegerakan Tuhan ini.

Kalau kita melihat dan membuat satu analisa mengenai negara kita, apakah perkembangan yang sungguh menonjol sejak lima tahun yang lalu di Malaysia? Memang ada banyak perkembangan yang terjadi namun saya melihat bahawa perkembangan muzik di Malaysia sejak kebalakangan ini sungguh menonjol. Ada banyak bakat-bakat baru yang tercungkil dan kemunculan ramai artis baru di Malaysia. Timbulnya beberapa program baru dan jenama baru dalam dunia hiburan di Malaysia. Perkembangan ini bukan hanya berlaku di Sabah dan Malaysia sahaja tetapi juga kepada Asia, negara Barat dan seluruh dunia. Tidak ketinggalan model-model pakaian baru yang bercirikan daya kreativiti yang baru sedang giat dipertontonkan dan banyak mempengaruhi anak-anak muda kita sekarang ini. Kalau kita melihat model seluar jeans sekarang ini menonjolkan keusangan seluar tersebut dan menampakkan bahawa seluar ini seakan-akan sudah lama dipakai. Walaupun warna seluar jeans ini sepertinya sudah pudar dan terpakai namun harganya lebih tinggi berbanding dengan seluar yang kenampakannya baru. Kita dapat simpulkan bahawa generasi baru sekarang ini sebenarnya ingin menyatakan bahawa penampilan luaran tidak menunjukkan kualiti dalaman namun Firman Tuhan jelas mengatakan  bahawa penampilan luaran menunjukkan kualiti dalaman diri seseorang. Tanpa kita sedar bahawa peranan muzik telah menunjukan kesannya terhadap model pakaian sekarang.

Kalau kita dapat membaca kegerakan baru sekarang ini, Tuhan sebenarnya sedang memulihkan pelayanan Pujian dan Penyembahan dalam gereja-Nya sekarang ini di gereja kita SIB dan beberapa gereja lain di Sabah, Sarawak, Malaysia, Asia, Barat dan sampai seluruh dunia. Tuhan tidak ingin melihat muzik duniawi semakin maju manakala muzik gereja yang digunakan untuk memuji-muji-Nya semakin mundur. Firman Tuhan pernah mengatakan bahawa “Kristus itu harus tinggal di sorga sampai pemulihan segala sesuatu, seperti yang di firmankan Allah dengan perantaraan nabi-nabi-Nya yang kudus di zaman dahulu” (Kis 3:21). Pemulihan muzik iaitu pemulihan pujian dan penyembahan menunjukkan bahawa tidak lama lagi, Tuhan Yesus akan datang menjemput kita semua yang sudah dan akan diselamatkan. Yesus mengatakan “Dan Injil Kerajaan ini akan diberitakan di seluruh dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, sesudah itu barulah tiba kesudahannya”  (Mat 24:14). Mungkin ada orang yang berpendapat bahawa jangkamasa kedatangan Tuhan ke dalam dunia ini masih lama kerana tanda-tanda kedatangan-Nya masih belum nyata. Saudara yang dikasihi Tuhan, kalau kita melihat dunia kita yang sarba canggih ini, kita mendapati bahawa teknologi perhubungan yang cukup canggih ini sudah ada di hampir seluruh kota bahkan di rumah kediaman. Di mana ada kemudahan perhubungan seperti telefon atau sel handphone dan  internet maka di sanalah ada pontensi dan kemudahan untuk menyebarkan berita Injil keselamatan serta  menjadi kesaksian bagi bangsa-bangsa. Bukankah ini tandanya bahawa semua kegenapan janji Tuhan dan kedatangan Tuhan Yesus hampir tiba.

Saudara yang dikasihi dalam Yesus, saya  percaya bahawa kewujudan gereja di mana kita sedang berbakti pada hari ini bukanlah satu kebetulan tetapi Tuhan telah menjadikannya dan menentukan sesuatu yang harus kita capai. Kita dipanggil Tuhan dalam gereja ini bukan setekat duduk dan berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan sesuatu. Saya melihat bahawa gereja kita ini memiliki potensi yang cukup besar dalam pelayanan pujian dan penyembahan. Saya percaya Tuhan menggunakan gereja ini sebagai  agen pemulihan Pelayanan Pujian dan Penyembahan kepada gereja-gereja SIB dan juga gereja-gereja lain baik di Sabah, Malaysia, Asia dan sampai seluruh bumi.

Oleh yang demikian saudara, saya ingin membawa kita untuk melihat kunci keberhasilan Nehemia yang dipakai Tuhan untuk memulihkan Yerusalem yang mengalami keruntuhan yang sungguh menyedihkan. Dengan tindakan Nehemia ini, ia telah mendapat galaran sebagai agen pemulihan yang berhasil membangun tembok Yerusalem selama 52 hari sahaja. Tembok Yerusalem yang runtuh berbicara mengenai keadaan hidup kita yang mengalami keruntuhan hidup, kerohanian yang runtuh, keluarga yang runtuh, hubungan suami isteri yang rosak, hubungan sesama yang runtuh, hubungan pelayanan yang runtuh, perniagaan yang mundur, anak-anak yang memberontak terhadap orang tua dan sebagainya.

Setelah saya melihat teks ini (Nehemia 2:2), saya mendapati bahawa Nehemia adalah seorang peribadi biasa yang  juga mengalami gangguan emosi melihat keruntuhan yang berlaku namun dimemiliki sikap yang prihatin dan impati terhadap nasib yang menimpa bangsanya. Nehemia tidak mementingkan keperluan dirinya sendiri tetapi berani mempertaruhkan nyawanya sendiri dengan menyatakan reaksi yang menjadi perhatian raja (ay 2). Nehemiah tidak dapat menyembunyikan kesedihan hatinya melihat bangsanya berada dalam kesulitan yang besar. Nehemia memiliki hati yang tulus dan jujur serta tidak berpura-pura gembira bila melihat masalah yang dialami oleh bangsanya. Kesedihan Nehemia jelas kelihatan bila dia sendiri duduk, menangis dan berkabung beberapa hari bila mendengar keruntuhan dan kemusnahan yang menimpa bangsanya. Dia berdoa dan berpuasa kepada Allah semesta langit dan memperingatkan Tuhan mengenai janji-Nya kepada bangsa Israel ( Neh 1:5-11).

Tuhan mahu mamulihkan hidup kita sama seperti Tuhan memulihkan keadaan tembok Yerusalem yang runtuh, namun pemulihan itu akan datang dan beroperasi dalam kehidupan kita bila kita melakukan bahagian tugas kita sama seperti Nehemia. Tuhan mahu menuntut hati yang hancur dihadapan Tuhan sama seperti Nehemia yang telah menjadi agen pemulihan kepada bangsanya dan Kota Yerusalem. Tuhan mampu memulihkan hubungan suami isteri yang retak atau runtuh, Tuhan mampu memulihkan keluarga kita, hubungan bapa dengan anak, hubungan ibu dengan anak, anggota sekeluarga, sahabat, pekerjaan, perniagaan, persekolahan dan sebagainya. Tuhan mencabar kita supaya memiliki hati yang hancur di hadapan Tuhan bila menghadapi masalah atau pergumulan hidup. Tuhan mampu memulihkan pelayanan pujian dan penyembahan dalam gereja kita bahkan menjadi agent perubahan dan pemulihan kepada semua gereja di Sabah, Malaysia, Asia, Barat dan sampai ke hujung bumi. Namun pastikan kita dapat melakukan bahagian kita dan memiliki hati yang hancur di hadapan Tuhan. Sekian dan terima kasih, Tuhan memberkati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Ps Bios Solingkin
SIB Metro Church City Mall (Bahasa Malaysia)
biossolingkin@sibmetro.com


Lastest Sermons



Paul's Sermon on Mars Hill



Power of Your Word



Life out of Death



Confessing Past Sins



The Hope of Transformation



More

Designed by Angelina Hiew, angelina_hiew@hotmail.com