|
AFTER GOD'S PATTERNDownload this Sermon Message preached by Ps John E Williams on
13th July 2008 at the SIB Metro Church Bahasa Malaysia Service at
8.00 a.m.
“CORAK
MANUSIA ATAU CORAK TUHAN” - transcript by Onalia Kong
Tadi pada permulaan kebaktian Pastor Bios
telah mengiringi kami dalam pembacaan hari ini tapi ada separuh dari kamu yang
tidak hadir pada awal tadi, jadi mari kita merujuk kepada firman tuhan Kejadian
fasal ke 26, terlalu panjang, lain kali menggali dengan mendalam…Kejadian
fasal ke 26:1-35, Kejadian fasal 12, 20 dan 21. 4 nas alkitab
ini adalah untuk kita merenung firman tuhan. Jadi saya tidak akan membaca sekali lagi nas alkitab ini, pastor nanti kamu
membantu mereka dalam bible study, home fellowship, kelas alkitab, macam you
buat tadi lah. You dengar khutbah kelmarin, tiada copy right
itu. You
mesti membantu dalam memberi keterangan dengan lebih lanjut, ok.
Di dalam nas alkitab ini, di Kejadian 26
ini dan yang lain lain. Pagi ini,
tajuk khutbah pagi ini ialah Corak Manusia dan Corak Allah (pattern of God, pattern
of man). Tujuan kami,
sasaran kami pada pagi ini adalah untuk mengenal dan mengenal apa itu corak manusia dan apa itu corak allah. Dan kalau
kita melihat ada kelemahan dalam corak manusia itu, kita akan
cuba menunjuk apa caranya kita boleh bukan hanya mengenal tapi mengatasi corak
manusia dan memeluk corak allah. Kita 3 aim.
Aim pertama - mengenal apa
itu corak manusia, apa corak allah. Setelah mengenal, mungkin
kita lihat ada kelemahan, bukan kelemahan dalam tuhan tapi dalam corak manusia.
Memang ada kelemahan itu.
Jadi setelah kita mengenal dan kita sudak
kenal apa corak dia, dan mengenal ada kelemahannya, Kedua
– step kedua adalah mengatasi.
Bukan hanya mengatasi. Kalau
kita mengenal corak manusia, mengenal corak Allah, corak manusia itu sempurna
atau tidak? Kemungkinan tidak. Corak Allah sempurna atau tidak? Mesti, sebab allah itu sempurna, betul? Jadi jika kita
sudah mengenal kelemahannya, kita mesti mengatasi kelemahannya. Bukan
hanya mengatasi, kalau ini corak manusia, aku kenal, ia
mempunyai masalahnya, aku kenal masalah itu, dan aku lihat corak allah,
sempurna, jadi aku mesti mengenal mengatasi tapi bukan hanya mengatasi tapi
memeluk corak yang sempurna. Amen atau tidak? Betul?
Di dalam Kejadian
fasal 26 ini, adalah satu nas alkitab yang berkenaan dengan Ishak, Abraham, dan
Negara Filistin.
Di dalam Kejadian fasal 26 ini, ada satu nas alkitab yang
sangat sangat harus kita membaca dan menggali ertinya. Sebab didalamnya, terkandung semua yang berkenaan kehidupan Ishak
dan Abraham.
Jadi point yang pertama: kita mahu mencari
corak, mencari corak siapa? Ishak dan Abraham, anak dan bapa, kamu semua tau kan? Abraham bapa, Ishak anak. Didalam nas alkitab yang awal itu, Kejadian 12, 20 and 26, saya
bagi ringkasan. Tapi pastor nanti akan kasi
lanjut.
Ringkasannya
begini.
Di Kejadian 12, Abraham dipanggil oleh Tuhan menjadi bapa kepada bangsa
bangsa.Dia dipanggil, diutus oleh tuhan. Dan setelah dia
dipanggil, lepas dia diutus untuk jadi bapa bangsa bangsa, dan memulakan bangsa
Yahudi untuk melaksanakan rencana keselamatan tuhan bagi dunia ini. Selepas itu, peristiwa itu berlaku, terus ada kebuluran atau musim
kelaparan didalam tempat itu. Dan apa harus
dibuat?
Bila peristiwa itu
berlaku, Abraham pergi dari tempat itu pergi kepada Mesir, kenapa Mesir sebab
di dalam tanah perjanjian itu, kanaan ada kebuluran, kemarau, kelaparan. Jadi
untuk kehidupan mereka itu, mereka berhijrah ke Mesir untuk mendapat kehidupan,
untuk menanam, menuai dan untuk kehidupan mereka itu. Dan waktu mereka
berada di tempat itu, tapi sebelum dia pergi ketempat itu, Abraham juga bertemu
dengan seorang, waktu Abraham dan Sarah pergi Mesir, Abraham memberitahu kepada
isterinya, kamu ni perempuan yang cantik, yang paras, sudah tua pun masih
cantik, sudah dekat 80 tahun, orang nampak masih terpesona. Luar biasa, entah
cream apa dia pakai.
Tapi luar biasa,
sudah 80 masi ada orang minat. Sudah tentu, kau ni
terlalu cantik, dan orang orang di mesir mau rampas kau sebagai isteri. Jadi
kau beritahu lah yang aku ni bukan suami tapi abangmu.
Nanti kalau aku suami aku dibunuh untuk merampas isteriku.
Jadi sudah di Mesir, peristiwa ini betul betul berlaku, Sarah dilihak oleh
Faruk, Raja Mesir, melihat perempuan ini pada ketika itu sudah 78, 79 dekat 80
tahun, masih cantik. Itu karyanya Tuhan. Bukan kena
injection botok, kena taruh cream, cement di muka supaya semua keredut hilang. Bukan macam orang tua macam payung yang ditutup, semua keredut.
Tapi ini payung ni dibuka, ubatnya karya tuhan. Jadi, kalau mau selalu mudah, cantik, penuhi dengan karunia tuhan.
Jadi dirampas oleh Pharoah, mau dijadi isteri dan tuhan ketuk
kepada Pharoah dan akhirnya Sarah dibebaskan.
Apa sebabnya Abraham
buat begitu? Sebab dia takut. Hari ini, tujuan khutbah
ini mencari corak, mengenal corak, kami akan mengenal
corak dalam kehidupan Abraham dan anaknya Ishak. Tetapi,
saudara dan saya pun mempunyai corak hidup. Betul?
Bagaimana sikap kita, bagaimana kita bertindak dan
seterusnya. Mencari corak, corak yang baik, corak yang
tidak baik, dan seterusnya. Jadi lepas itu, Abraham
keluar dari Mesir dan kembali ke tanah kanan dan dia mendirikan lagi satu
tempat beribadat semula lagi kepada tuhan.
Dan kali kedua,
sekarang Abraham berhijrah ke satu tempat bernama Gerah. Dia
berhijrah ke Gherah, dan sekali lagi raja … Pillistine, melihat perempuan
yang 80, muka macam payung yang terbuka, bukan payung yang tertutup. Dia lihat dan mau perempuan ini. Jadi Abraham kata kau mesti
memberitahulah aku ni abangmu bukan suami mu. Nanti pula dibunuh. Sudah buat begitu, tuhan memberi mimpi
kepada Abimelekh kau jaga, malam ni kau mati, kenapa? Mati lah kau, kenapa? Kalau kita takut
tuhan, mimpi yang menakutkan. Malam ni kau mati
Abimelekh, kenapa? Kau tau, perempuan yang kau ambil itu,
isteri kepada seorang nabi.
Tapi tuhan, minta
maaf, aku tidak tau, dia kata kakak, atau adik. Jadi
besok pagi, kelam kabut si Abimelekh bangun berikan Sarah itu kepada Abraham,
berikan duit entah berapa banyak, bukan duit berian tapi sogit. Kerbau entah berapa ekor. Kalau di sabah
itu, diberikan kerbau, lembu, perak wang, kerana sogit. Tuhan
kenapa sogit, sebab kalau tidak, malam ini juga kau mati. Kerana perempuan ini bukan perempuan yang biasa, isteri kepada
nabi.
Jadi, saudara dan
saudari, jangan kita sia-siakan isteri gembala. Banyak
gereja, tapi banyak isteri gembala di gereja yang dibunuh, ditekan, ditumbuk.
Tapi isteri gembala itu, isteri kepada sigembala. Jadi Sarah itu, isteri kepada seorang Nabi. Penting dalam corak Tuhan. Jangan kita
sia-siakan. Pharoah, Raja Mesir pun aku akan
bunuh kau malam ini, aku tidak takut. Kau Pharaoh, raja yang paling penting?
Raja Filistin, Abimelekh, malam ini juga aku bunuh. Bangun
dia berpeluh, bantal habis banjir dengan peluhnya.
Takut. Jadi
lepas itu, kamu dengar baik-baik. Si Abimelekh, Raja Filistin,
sebenarnya orang yang tidak jujur. Orang yang tidak
jujur, orang yang mempunyai pendapat merampas isteri orang. Lagipun,
kamu dengar baik baik, misalnya ada orang mau kawin dengan kakak atau adikmu
pastor, mesti dia minta, bukan dia terus terus masuk kan?
Datang dulu, kakak mu adikmu itu cantik, saya mau kawin,
boleh?
Orang tau orang
Tanya lah.
Tapi, pointnya, si Abimelekh ini bila dia merampas si sarah,
yang kononnya, si adik kepada Abraham, dia tidak minta dulu persetujuan
abangnya. Mana boleh begitu. Protokolnya
itu salah, silap. Potong jalan. Waktu saya datang dari JB ke KK pagi jumaat, panjangnya queue
airasia, tiba tiba datang seorang perempuan tua dari belakang terus mau potong.
Aku bilang tengok lah ni perempuan ni mau potong
jalan, tapi stewardess AirAsia tu bilang kembali, terus dia cepat cepat kembali
lah.
Jadi si Abimelekh
itu potong jalan.
Dia tidak ikut cara protocol yang tepat. Tidak minta izin abang untuk kawin dengan adik. Kita mau
tau, apa watak di Abimelekh ini. Orang
yang tidak boleh dipercayai. Orang yang tidak jujur.
Orang yang mau merampas bini orang. Kalau
bukan merampas bini orang tapi mau kawin dengan adik orang dan tidak minta izin
dari abang. Bagus ka tidak? Tidak.
Tapi hairannya itu, si Abraham dan Si Abimelekh, si Abimelekh itu berkata mari kita buat satu perjanjian (covenant) kita tandatangan
supaya kita tidak bertengkar.
Sebab Abraham itu orang yang kaya kan. Jadi mereka buat perjanjian dan
peristiwa itu berlaku. Kamu mesti baca contect Kejadian
12, 20, 21, baru kamu boleh mengerti Kejadian 26. 12,
Abraham dipanggil and diutus oleh tuhan, setelah itu dia masuk ke Mesir,
masalah dengan Pharoah, kenapa, takut. Selepas itu, 20 pergi kepada raja
Filistin, lagi dirampas oleh Abimelekh, tuhan berkata malam ni
kau mati. Lepas tu, keluar, dibuat perjanjian dengan Raja Filistin
dan seterusnya, 20 and 21. itu yang context
nya.
Dan bukan hanya itu, selepas Abraham
membuat perjanjian dengan raja Filistin, apa yang
berlaku seterusnya? Apa pendapat kamu tentang firman
tuhan ini? Apa pendapat kamu tentang buku alkitab ini?
Adakah ini hanya buku sejarah?adakah ini hanya buku
sastera? Sama dengan hikayat melayu? Atau hikayat
hikayat suku suku bangsa-bangsa yang lain?
Dengar baik baik. Ini
adalah firman tuhan. Yang ditulis oleh inspirasi roh
kudus. Semua rekabentuk susunanya itu ditentukan oleh
tuhan. Tiada yang silap dalam susunannya.
Misalnya kamu berfikir buku pertama yang ditulis dalam alkitab ialah kejadian,
sebab nombor 1. tidak. Salah.
Buku pertama yang ditulis dalam perjanjian ini ialah buku
ayub. Tapi kenapa pula buku ayub di tengah tengah?
Bukan didepan? Sebab susunannya
ditentukan oleh roh kudus. Jadi buku buku yang di
tulis akhirnya bila disusunkan tuhan berkata jadiannya begini, corak susunan,
rancangan tuhan dan setiap ayat, itulah bukan hanya dibaca, tapi mesti menggali
dan mengerti dan bila tuhan satu ayat satu ayat itu mesti ada sebab.
setelah (dengar baik baik)
Abraham membua perjanjian dengan raja Filistin, Abimelekh, orang yang jahat,
orang yang tidak boleh dipercaya, orang yang ganas, untuk damai apa yang
berlaku? Seterusnya itu, Abraham mengambil anaknya Ishak ke
atas gunung Moria untuk membunuhnya.
Ada message. Kenapa?
Adakah Tuhan sebenarnya menyuruh Abraham menyembelih,
membunuh anaknya? Adakah Tuhan suruh dia membuatnya
itu? Ya atau Tidak? Tuhan
berkata bawa anakmu ke gunung Moria adakah tuhan berkata sembelihkan anak mu
itu? Tidak, itu fikiran Abraham.
Tapi pakar di Israel hari ini, rabbinya itu,
ketua rabbinya, namanya … bila dia mentafsir nas alkitab ini, pada
pandangan orang yahudi, dia berkata sebabnya Ishak dibawa ke atas gunung Moria
dibunuh, adalah Abraham dihukum oleh Tuhan kerana apa? Kerana
membuat perjanjian dengan orang Filistin.
Dengar baik baik. Apa
pakatan yang kamu buat? Lepas itu, mari kita cepat
cepat ke Bandar, kejadian hari ini. Sebab dalam kejadian 26,
terkandung semua, 12, 20, 21 dalam nas 26 ini. Apa
sebabnya? Sebabnya begini, apa yang dibuat oleh
bapamu, sudah tentu akan dilakukan anaknya juga. Betul ka
tidak? Kita mengikut tradisi, kita mengikut corak.
Jadi jika kita melihat corak bapa saya begitu, biasanya anak
juga ikut corak bapa. Jadi di Kejadian fasal ke 26, kami melihat, sama pula. Apa masalahnya? Ada kelaparan, kebuluran, kemarau di dalam tempat itu.
Jadi apa Ishak
buat bila masalah itu timbul? Ishak terus pergi ke Gerar.
Kenapa pula pergi ke Gerar? Sebab dulu bila ada
kemarau, kebuluran, kelaparan, apa bapa aku buat? Oh,
bapa aku pergi ke Gerar. Tapi bukan hanya pergi ke Gerar.
Gerar itu transit point, stopping point pergi ke Mesir.
Mesir itu melambangkan apa? Mesir
itu melambangkan dunia, melambangkan kekuatan manusia. Cara manusia mengatasi masalah. Mesir
percaya dengan kekuatan Mesir. Abraham pergi ke Mesir, apa yang berlaku? Isterinya dirampas.
Sekarang anaknya menghadapi masalah sama dengan
bapanya, apa yang dibuat.
Apa yang dibuat oleh
bapa aku. Masa kelaparan, kebuluran, kemarau, apa yang
dia buat? Dia pergi ke Gerar, aku pun pergi ke Gerar. Lepas tu, pergi ke Mesir. Sarah itu,
isterinya, cantik ka tidak? Paling cantik, Miss
Malaysia. Cantik sudah tentu, tapi bila peristiwa ini
berlaku tuhan campur tangan. Tapi kalau kau tidak tau
corak manusia, bila corak Allah datang, kau tidak dapat mengerti. Tuhan melihat. Tuhan berkata kepada Ishak,
jangan pergi ke Mesir. Jangan pergi ke Mesir.
Jadi buat apa? Kemarau kan di
Gerar, di Gerar pun kemarau, kelaparan kebuluran. Tuhan berkata, kau berdiam di
sini, dan di sini, aku akan memberkati engkau. Pernah
kah kamu dengar orang yang datang, kamu datang dari Ranau kan,
ramai yang petani kan, pernahkah kamu menabur waktu kemarau? Pernah
tanam padi waktu kemarau? Tanam ubi? Tanam sayur waktu kemarau? Tanam boleh lah
tanam, tapi jadi kah? Pastor? Matikah? Pasti, tapi Tuhan berkata dalam
era ini, walaupun musim kelaparan, walaupun musim kemarau, aku mau engkau
tinggal di sini, jangan pergi ke Mesir, kenapa? Sebab aku akan memberkati mu.
Apa yang berlaku dalam
Kejadian 26, puji tuhan juga, Ishak dengar. Ada orang kata,
ah Tuhan, tidak lah. Mana boleh. Kita bertengkar, mana boleh masuk akal. Mana
boleh, tidak practical. Rencana tuhan, corak tuhan tidak
praktik. Adakah kau dengar orang itu menabur dalam
musim kemarau? Tiada air, macam mana boleh tumbuh?
Tapi kalau Tuhan berfirman, tuhan akan melaksanakan. Betul kah tidak? Amen!
Jadi Ishak dengar ia
diam berfikir, ia menabur dan apa firman tuhan berkata, mari kita melihat,
Kejadian, mana alkitab kamu? Kejadian 26, apa yang
berlaku dan ayat 12. kita baca sama sama.
100 kali ganda, 100
kali ganda itu berapa? Yesus berkata ada orang yang menabur
benih dan mendapat 30 kali ganda, 60, tapi kenapa tidak 90? Kenapa 30, 60 dan 100? Apa ertinya? 100 ertinya tidak boleh dihitung. 30 boleh
dihitung, 60 pun boleh, 90 pun boleh dihitung. 100
tidak dapat, ertinya berlipat kali ganda sehingga tidak dapat dihitung berkat
tuhan.
Kau berfikirlah. Mujizat
atau tidak? Musim kemarau, apa pun tiada, tiada
hujan, sebab tuhan berkata, kau menabur, ini firman aku, dia dengar, dia tabur,
kerana berkat Tuhan. Bukan kerana cuaca, bukan kerana
monsoon, bukan kerana parit dan tali air. Oleh kerana
berkat Tuhan dia diberkati. Jadi khutbah hari ini
mencari corak, corak manusia, tapi corak manusia itu, ada yang tidak bagus ada
yang tidak lengkap. Kita mesti tinggalkan untuk
memeluk corak Allah yang sempurna.
Tapi corak kita itu
ikut corak bapa.
Bapanya Abraham walaupun dipanggil oleh Tuhan ada
kelemahannya. Apa kelemahannya? Takut, siapa disini yang takut manusia? Tidak
takut? Ada juga yang takut tau. Takut bapa, takut guru, takut taukeh ini, taukeh itu, adun ini,
betul tak? Takut YB, MP ini, takut ini takut
itu. Takut manusia. Abraham, bapa
iman pun takut.
Kebanyakan orang
fikir, o kita Christian, kita sempurna, semua mestinya lengkap. Tapi
tidak. Abraham, bapa iman pun takut. Itu tidak masalah, itu bukan Tuhan tekankannya. Tapi itu mesti diubah. Dia takut sama
manusia sebab Abraham belum betul betul tangkap rencana tuhan. Tuhan berkata kepadanya, engkau dipanggil dan diutus menjadi bapa
bangsa-bangsa, seluruh bangsa-bangsa di dunia ini termasuk saudara dan saya
ini, diberkati oleh kerana Abraham.
Jadi jika peristiwa itu berlaku, tak mungkinlah
dia akan dibunuh. Walaupun isterinya Sarah mau
dirampas, Tuhan akan campur tangan. Tapi kita tidak percaya Tuhan akan campur tangan.
Tangan yang dicampur adalah tangan siapa? Tangan kita sendiri. Kalau kita campur
tangan, kita makan dengan tangan, kicapnya itu, ladanya itu bau. Tapi
kalau begini, nasi lemak kah, roti canai kah, curry kah, laksa kah, kalau aku
makan ini dengan tangan, sedaplah, tapi tangan itu bau.
Tapi kalau aku guna
spoon, sedap juga tapi tangan ku tidak bau. Kalau
manusia campur tangan, seperti makan nasi dengan tangannya sendiri, bau.
Sedap, tapi bau. Kalau pakai spoon,
ertinya spoon itu sebenarnya tangan kami tapi spoon itu tangan tuhan. Bila tuhan campur tangan, damai, tapi tiada bau. Jadi apa yang kamu mau? Tangan bau? Tidak. Mau pakai tangan atau pakai spoon?
Campur tangan manusia atau campur tangan Tuhan?
Jadi begitu, apa yang berlaku di Gerar itu
Abimelekh yang dulu mau, si Abimelekh ni betul betul anjing yang kotor, dulu
dia mau mengintip mamak si Ishak, Si Sarah. Sekaran Sarah
sudah mati, dia masih hidup. Sekarang pula dia melihat
menantu si Sarah. Si Ribka, cantik pula. Aku mau.
Dia tu cubuk cubuk. Macam mana dia
tau dia berasmara dengan isterinya? Dia cubuk. Macam mana kita tau watak orang itu baik atau tidak? Adakah raja itu mencubuk orang?
Kamu ketawa kerana kamu baca alkitab itu
suci, tiada apa didalamnya. Kalau baca dengan betul
betul, apa yang dibuat oleh Raja Abimelekh sehingga
dia tau Ishak dan Ribka berasmara. Bukan pula keluar di
internet. Atau You Tube. Ishak dan Ribka berasmara,
hot. Take yang hot, bukan, dia cubuk. Dia melihat, kau
bilang adik kau, isteri kau pula. Apa jawapan
Ishak? Aku takut. Corak, aku takut, apa
yang kau takut? Aku takut, bini aku ni terlampau
cantik. Jadi kau mau mengintip bini aku. Tapi kalau aku tidak mau, tentu kau bunuh aku untuk merampas si
Ribka. Itulah aku buat begitu. Dari mana dia dapat coraknya? Dari mana?
Dari bapanya. Kenapa kau buat
begitu? Aku takut. Kenapa
takut? Isteri aku terlalu cantik, si Sarah. Nanti kau merampas, nanti aku cakap tidak kau bunuh sudah aku.
Itulah ertinya corak manusia.
Tapi hari ini,
soalan bagi kamu, semua dan aku juga kita mau cari corak manusia kah atau
mencari corak Allah? Dan kita mesti mengenal apa
itu corak manusia itu.dan kalau ada masalah kita mesti mengatasinya. Jadi kalau
engkau takut, apa jawapannya? Lari
ke Mesir? Tidak. Ketakutan
itu mesti diatasi. Sudah diatasi mesti memeluk.
Tuhan berkata, kau mesti menabur di musim kemarau. Mana
boleh Tuhan, bapa aku petani, sudah berketurunan di Ranau. Kau fikir kami ini orang bodoh?
Kita bukan orang Mindanao, yang baru baru
datang ke sabah. Ini ada mykad.
Bukan, dari dulu lagi. Orang petani,
kami tau, macam mana mau menabur masa kemarau. Kerbau
pun mati, babi pun mati, semuanya mati. Betul kata
Tuhan. Betul katanya. Aku
tau. Tapi takut. Tetapi dia
berkata, mau corak yang baru ka tidak? Betul tapi ini
bukan usaha Mesir. Tapi Mujizat. Mujizat itu tidak
boleh diberi keterangan. Kalau kau boleh memberi
keterangan mujizat itu berlaku, itu bukan lagi mujizat. Mujizat itu tidak boleh diberi keterangan.
Macam mana kau
menabur dalam waktu kemarau sehingga terdapat 100 lipat kali ganda. 100
kali ganda, bukan ertinya dari 1 hingga 100, ertinya tidak boleh dihitung.
Berlipat kali ganda. Sebab kita yang
mau ikut rencana tuhan, mesti ikut corak Tuhan. Kalau kamu mau
mendirikan gereja ini, mesti dengan corak apa? Corak
Tuhan. Mesti didirikan dengan kuasa mujizat Tuhan. Tapi kuasa corak tuhan itu tidak dapat datang sehingga kita
tinggalkan corak yang lama. Kenapa kita ada corak itu,
sebab aku takut. Bila ada masalah, aku lari. Betul kah tidak?
Jadi lepas itu,
sudah Ishak menabur, dia berjaya betul, orang Filistin itu dengki. Sudah
kaya, sudah menabur. Sudah berkembang, orang itu
dengki. Siapa yang dengki? Bukan gereja lain, musuh, musuh Tuhan yang dengki. Kenapa
pula kau yang banyak. Babi, kerbau, padi, ubi, kenapa
pula maju? Orang dengki. Bila
mereka dengki, mereka keluar. Keluar ke tempat yang lain. Jadi bila kamu disuruh keluar, boleh membuat dua pilihan lah.
Gaduh atau pergi.
Ishak pergi. Dia
pergi menggali satu sumur yang baru. Menggali sumur.
Bila dia menggali sumur, timbul pula air. Datang lagi orang Filistin. Eh, kenapa kau menggali sumur
ini? Sumur kami punya, bukan kamu punya. Pergi. Bertengkar atau Pergi? Pergi.
Itulah ... apa
guna bertengkar? Biar pergi. Menggali
lagi satu sumur. Tapi sumur apa. Sumur dulu yang digali bapanya ada juga corak bapa kami yang baik.
Bukan semuanya yang jahat. Bapa
Abraham bila di Gerar dia menggali sumur, jadi sekarang waktu Ishak adakan
masalah, dia menggali semula sumur-sumur yang digali bapanya. Dan
diperingkat nama yang sama juga. Bukan nama yang lain, nama yang sama juga.
Lepas tu, datang
lagi orang Filistin. Aku punya. Tengkar.
Itulah Sitna dan Ishak. Sitna
bermakna bertengkar. Terlalu banyak bertengkar.
Tidak ngam. Ishak itu hati yang
baik. Kita mesti mempunyai hati yang baik. Orang buat jahat, kita buat baik. Orang
bertengkar, kita tidak lawan. Sebab itu corak tuhan.
Sudah dia pergi kepada, pergi lagi dari Sitna, pergi lagi ke satu tempat, dia
menggali lagi, ertinya Don’t give up. Ertinya,
jangan bila orang tekan, jangan bilang apa boleh buat,
mati lah, tutup kedai lah. Sudah bosan aku, inilah itulah,
bosan. Never Give Up.
Kalau kau gali depan air orang tengkar, pergi
lagi. Gali lagi. Kau fikir senang
kah? Gali sumur di padang gurun ini? Muscle
Ishak besar, sebab dia menggali. Susah itu menggali di padang
gurun. Berapa kaki, bukan 2 – 3 kaki, dalam itu dia
menggali. Orang tengar gaduh, pergi lagi cari.
Never give up. Pergi lagi, tengkar lagi, pergi lagi.
Penat lah, apa
guna ini. Give up. Buang lah cangkul aku. Tidak. Teruskan lagi. Tidak tengkar. Teruskan menggali semula.
Kali ketiga timbul lagi air. Tapi
kali ketiga ini, luar biasa. Kenapa? Tiada orang bertengkar. Itu yang dikatakan
“red hair …” point saya yang pertama kelmarin. Spaciousness.
… Ertinya tempat yang luas. Tiada traffic jam. Tiada orang bertengkar.
Tempat yang luas “red hair…” di situ boleh
berkembang.
Dan dengar baik
baik.
Ini yang paling penting. Lepas ini
aku mau berhenti. Sudah berkembang. Sudah bertembung. Sudah progressive.
Semuanya bagus. Siapa yang datang?
Si Abimelekh. Aduh, apa yang aku lihat ni? Berkembang
pula kamu ni. Besarnya kambing,
beratusan ribu. Ubinya, padinya subur. Semuanya boleh tahan. Kenapa pula kau
maju? Sebab, kebaikan kami kan. Kau tengok, dulu kau datang ke sini, bukan pula kami bertengkar
dengan kau, kami baik dengan kau. Tengok pula kau
sekarang maju. Marilah kita buat perjanjian. Merayu perjanjian.
Apa sebabnya. Tapi jangan lupa, si Abimelekh itu orangnya tidak jujur, orang yang
menutup sumur. Anjing kotor, merampas isteri orang.
Mau kawin dengan adik orang tidak minta izin. Mana boleh. Mau kasi sogit sama
dia. Tapi dia itu anjing yang kotor. Dia bilang, dulu bapa
kau, kami buat perjanjian dengan bapa kau. Sekarang
pun si Ishak pun ada masalah.
Apa masalah dia,
hatinya terlampau lembut. Datanglah makan, makan besar.
Kenduri. Mereka berkenduri di Gerar.
Potonglah kambing, kambing biri-biri dan apa saja
mereka makan besar. Sudah makan besar, apa mereka
buat? Buat perjanjian. Ishak dengan
Abimelekh. Corak bapa diikut oleh anak. Ini yang punch linenya. Dengar baik baik, dengan ini aku akan tamat.
Tadi saya kata, apa
pendapat kamu tentang firman tuhan ini? Adakah ini buku sastera?
Buku sejarah? Atau apa? Bagi pendapat saya, dan ini pendapat gereja diseluruh dunia.
Alkitab ini buku berkenaan, buku yang rohani, firman tuhan yang ditulis oleh
penulis penulis yang diilhamkan oleh roh kudus yang
menentukan susunannya. Setiap ayat, kenapa pula ayat itu di situ dan bukan Ayub
yang ditulis awal awal di tengah tengah dan bukan di depan? Misalnya kamu lihat
perjanjian baru, apa yang pertama? Matius,
markus Lukas yohanes. Matius kan? Sebab dia di depan, tapi Salah. Buku yang pertama
ditulis adalah Markus.
Tapi kenapa matius di
depan? Sebab disusun bukan oleh manusia, tapi oleh roh
kudus. Jadi yang saya katakana tadi, bila Abraham
membuat perjanjian dengan Abimelekh, nas yang mengikutnya ialah anaknya dibawah
ke atas gunung dan mau dibunuh. Siapa yang suruh
Abraham membunuh anaknya? Kau baca lah alkitab bagus
bagus. Siapa yang suruh Abraham membunuh anaknya?
Tuhan berkata bawa anakmu ke gunung bukan untuk membunuh.
Tapi itu hukuman
daripada Tuhan sebab Abraham membuat perjanjian dengan orang yang tidak jujur. Orang
Filistin. Apakah ayat yang terakhir dalam Kejadian 26?
Buka alkitab, kongsi. Jemaat,
ringkasan khutbah, apakah tajuk khutbah hari ini? Mencari
corak manusia dan mencari corak Allah. Mengenal corak
manusia mengenal corak Allah. Meninggalkan corak
manusia memeluk corak Allah. Abraham di kejadian 12
dipanggil, diutus oleh tuhan menjadi bapa bangsa-bangsa, lepas itu pergi ke
Mesir, kenapa? Kebuluran. Apa
berlaku di Mesir, isterinya dirampas.
Setelah itu dia
kembali dia beribadah semula. Lepas itu tidak lagi
cukup, pergi lagi kepada Gerar. Bila dia pergi ke Gerar, apa berlaku? Raja Abimelekh, anjing yang
kotor itu mau merampas isterinya si Sarah. Apa
kah si Abraham buat? Katakan aku ni abang, kenapa?
Sebab aku akan dibunuh. Kenapa?
Kau terlampau cantik. Lepas tu, kau akan
dirampas. Kenapa dia tau dia akan dibunuh? Sebab Abimelekh itu orang yang kotor. Betul
itu yang berlaku. Kalau Tuhan tidak pakai spoon untuk
makan, campur tangan, kau mati malam ini. Kau cepat
kembalikan bini dia itu. Berpeluh dia. Lepas tu, sudah
Abraham tau si Abimelekh orang begitu, marilah kita buat perjanjian. Abraham pun ikut buat perjanjian.
Lepas tu, apa
berlaku? Anaknya dihukuman tuhan. Ayat
26 ini, Ishak kemarau, mau pergi kemana? Mesir,
kenapa? Corak bapa? Tapi mesti transit di
Gerar. Tuhan campur tangan. Jangan
pergi ke Mesir. Jangan risau, aku berkati kau. Kau menabur, berlipat kali ganda. Tapi di situ pun Ribka,
aku ini siapa abang. Nanti kau dirampas. Aku takut. Rencana tuhan itu tidak boleh
ditewaskan. Ada orang, banyak orang takut mati tau.
Kenapa kau naik pesawat, nanti plane crash susah.
Bulan april aku pergi ke Penang, ibu si Pastor tu
bilang, kau tidak dengar kah di semenanjung selalu bas itu jatuh dalam lembah.
Tapi bagi pendapat aku, sebelum tiba
waktunya aku mati, apapun aku jalan aku tidak akan
mati. Sebab rencana itu tidak dapat ditewaskan.
Mungkin orang cuba, tapi tidak akan dilaksanakan. Jadi
kalau tuhan sudah memanggil engkau untuk membuat sesuatu, jangan takut kau akan dibunuh walaupun orang merancang, tuhan akan campur
tangan. Makan dengan tangan? Spoon! Campur
tangan. Spoon itu siapa? Tuhan.
Bukan, spoon itu kami. Tangan itu
siapa? Tuhan. Ya!Tuhan mengguna tangan kami pegang tangannya. Supaya tangan kami tidak bau dengan belacan. Kalau kita campur tangan, boleh, tapi bau. Kalau pakai
spoon, tangan tuhan tidak akan bau. Dia
memberi mimpi, dia tolong kami. Kenapa kita takut.
Itu rencana tuhan.
Lepas tu, orang gaduh, sitna itu dan ini,
lepas tu datang lagi anjing yang kotor mari kita buat
perjanjian. Apa buat si Ishak? Dia
buat juga. Apa berlaku selepas itu? Di dua ayat yang terakir itu. Jangan lupa
si Ishak dan Ribka ada dua orang anak, Esau dan Yakob. Apa yang berlaku. Anak mereka yang sulung
Esau, berkawin dengan dua orang isteri, itu bukan masalah. Itu masalah
juga, tapi bukan masalah yang besar, dia berkawin dengan perempuan yang tidak
menyembah allah Israel. Anak Ishak
kawin dengan orang, bukan 1 tapi dua perempuan yang bukannya Christian. Orang luar.
Dan bila sudah berlaku, apa
berlaku kepada hati Ishak dan Ribka? Mereka gembira? Wah terima kasihlah, bukan satu orang menantu tapi dua pula.
Boleh tolong. Tapi mereka berpedih
sebab orang yang tidak mengenali Tuhan tidak dapat berjalan mencari orang yang
tidak kenal tuhan. Tidak dapat mencari orang yang
boleh kawinkan anak anak lelaki kami. Tidak boleh,
sebab kalau kamu setuju, hati kamu penuh dengan pedih. Tetapi kenapa peristiwa ini boleh berlaku? Sebab Ishak melanggar firman tuhan. Apa
pelanggarannya? Membuat perjanjian dengan Abimelekh.
Adakah Abimelekh
orang yang jujur?
Tidak. Orang yang baik? Tidak. Orang yang bersih? Tidak. Perampas isteri? Ya. Perampas adik untuk kawin tanpa izin
abang? Ya. Mesti disogitkan?
Ya. Jadi kau mau buat perjanjian
dengan orang begitu? Tapi dia buat, kenapa? Takut. Jadi saudara mengenal corak manusia, mengenal corak allah, meninggalkan corak manusia memeluk corak allah. kalau
tidak, kalau kita takut, kalau tidak mau percaya atas janji janji tuhan, mau
menolong tuhan dengan pergi ke Mesir, membuat perjanjian dengan Abimelekh, kita
akan dapat aman damai tetapi hati pedih.
Apa kamu buat? Ini untuk semua orang. Apa cara
Abimelekh zaman ini merebut orang orang tuhan? Oh, pergi masuk ugama lain. Pergilah mencari teman, banyak yang sudah masuk ugama lain, kenapa?
Sebab hati sudah terpikat dengan Yudit yang bukan umat Tuhan.
Bagus, ya bagus tapi hati? Hati
pedih. Apakah corak kamu? Apa
perjanjian yang kamu buat, dengan siapa? Takut? Tidak percaya? Tidak sedia meninggalkan?
Kalau kamu sudah tau, satu itu tidak baik. Jangan kerana damai buat perjanjian. Kamu akan
terima damai tetapi hatimu akan pedih.
Itu masih saya masih di JB dan berdoa dan ramai berdoa apa firman tuhan. Dan dia berkata Kejadian
26.
Ps John E Williams (transcript by Onalia Kong) SIB Metro Church BM Service on 13.07.2008 info@sibmetro.com
|
|
|
Lastest Sermons





More
|
|