Importance of Youth Ministry (Bahasa Malaysia)

Download this Article

SIB Metro Church Leadership Training at Thursday Night at 8.  Lesson 5 – 8th May 2008

Latarbalakang

Mengikut peraturan SIB Sabah, anggota PMM SIB Sabah adalah anggota yang berumur 12-40 tahun. PMM SIB Sabah telah memfokuskan dua kumpulan sasaran iaitu, umur 12-19 tahun sebagai Pelayanan Remaja dan umur 20-40 sebagai pelayanan awal dewasa (Young Adult). Matlamat PMM SIB Sabah adalahMuda-mudi yang Mantap dan Memuliakan Tuhan”. Pelayanan pemantapan ini adalah dari segi kerohanian, pentadbiran (pengurusan) dan kewangan. Dalam ketiga sasaran ini bermaksud untuk memuliakan Tuhan dalam berbagai segi kehidupan. Ketiga fokus sasaran ini diharapkan agar setiap kawasan dan gereja lokal melaksanakan hal yang sama. Selain daripada itu, semua PMM juga diharapkan untuk mencapai visi SIB Sabah yang dipanggil Wawasan SIB 2020.

Keunikan

Keunikan gereja SIB Metro City Mall adalah mampu bersatu dalam kepelbagaian. PMM SIB Metro City Mall adalah terdiri daripada berbagai suku kaum dan bahasa (Dusun/kadazan, Lundayeh, Murut, Cina, India dan suku-suku yang lain). Walaupun gereja ini mempunyai banyak kebaktian tetapi satu Majlis Gereja dan satu kewangan. Puji Tuhan kerana gereja ini mempunyai potensi untuk menjadi gereja yang terbesar di Kota Kinabalu bahkan di Sabah dan Malaysia amnya.

Kenapa perlu ada pelayanan PMM?

Biasanya syarikat-syarikat mengiklankan keperluan pekerja-pekerja yang muda kerana  orang muda adalah orang yang bertenaga dan mampu melaksanakan kerja-kerja yang berat. Firman Tuhan mengatakan, sewaktu kita masih muda, kita akan mengikat pinggang kita dan berjalan ke mana saja kita mahu tetapi pada waktu kita sudah tua, kita akan bergantung kepada orang lain dan terpaksa meminta pertolongan (Yohanes 21:18). Selagi kita mempunyai tenaga yang kuat,  kita perlu menggunakan tenaga muda kita ini untuk melayani Tuhan. Yesus menggunakan masa muda bahkan masa remaja-Nya untuk mengerjakan pekerjaan yang ditugaskan oleh Bapa-Nya di syurga. Selain daripada itu, PMM adalah generasi pelapis dan penerus pelayanan kekristianan pada masa sekarang dan akan datang. Banyak gereja di Barat sekarang ini yang mengalami ketandusan jemaah kerana anak-anak muda tidak lagi berminat kepada gereja. Walaupun mereka dilahirkan dalam keluarga Kristian, ini tidak bererti mereka adalah kepunyaan gereja. Kebebasan dan hak kemanusiaan untuk memilih pola kehidupan membuka ruang yang luas bagi mereka untuk menjauhkan diri di hadapan Tuhan.

Kajian mengatakan bahawa anak-anak muda adalah penyumbang masalah sosial yang terbanyak. Mereka cenderung melakukan jenayah seperti pergaduhan, pembunuhan, pemberontakan, perompakan, rogol, pengguguran anak dan sebagainya. Anak-anak muda kita adalah harapan kepada bangsa, agama dan negara. Kalau mereka salah arah dalam usia yang muda maka agak sukar untuk melihat masa depan mereka yang cerah. Gereja harus memainkan peranan untuk menolong anak-anak muda supaya berfungsi sebagaimana yang Tuhan mahu secara peribadi, keluarga, gereja dan seterusnya kepada masyarakat.

Ada buku yang mengatakanJangan membunuh potensi anak-anak muda!”. Apakah potensi mereka?. Potensi yang saya maksudkan ini tidak berkaitan dengan potensi bersifat negative. Saya sungguh kagum dengan potensi terserlah dan terpandam anak-anak muda di gereja ini. Saya dapat melihat bahawa anak-anak muda dalam gereja ini akan menguasai karunia-karunia seni seperti muzik, drama perfileman rohani bahkan anak-anak muda yang berhasil dalam perniagaan dan apa juga bidang yang diceburi. Saya dapat melihat anak-anak muda dalam gereja ini mempunyai potensi untuk memperluaskan jangkawan indastri muzik gereja di dalam dan luar negara. Anak-anak muda dalam gereja ini berupaya untuk mempengaruhi generasi ini dan masa akan datang. Daniel telah melaksanakan tugasnya di Babilonia dengan cemerlang pada masa mudanya. Walaupun statusnya Daniel sebagai orang tawanan di negara asing namun ini tidak menghalangnya malah Tuhan telah menolong Daniel untuk menjadi orang yang terpenting di Babilonia. Kehebatan Daniel terletak pada ketergantungan dirinya kepada Tuhan dan ciri-ciri yang dimilikinya dalam  Kejadian 1 : 4, 8, 9. Kepimpinan Negara kita Malaysia memerlukan orang-orang yang bukan hanya bijaksana tetapi memiliki kerohanian yang tinggi. Oleh yang demikian, kepimpinan gereja ini berencana untuk memperlengkapi anak-anak muda dengan prinsip-prinsip Alkitab sebelum meraih keberhasilan pada masa sekarang dan akan datang.

Kekuatan

Kekuatan anak-anak muda adalah keupayaan tenaga dan keinginan mereka untuk melakukan hal-hal yang mencabar. Mereka selalu ingin membuktikan bahawa mereka boleh melakukan sesuatu dan mengharapkan yang terbaik. Mereka selalu menginginkan suatu yang baru, bertenaga dan mengikut peredaran zaman. Mereka mahu tampil berbeza daripada orang lain dan suka kepada persaingan. Sesuai dengan Mazmur 1 yang mengatakan bahawa mereka akan menghasilkan buah pada musimnya. Mereka mempunyai potansi yang besar dan akan menjadi impak yang besar kepada generasi ini seandainya potensi ini digunakan dengan sepenuhnya. Ada orang yang mengatakan bahawa tempat yang paling kaya adalah di kuburan. Di sinilah terkuburnya segala potensi yang tidak sampat dilakukan.

Kelemahan

Anak-anak muda suka melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Mereka suka melakukan dengan cepat  walaupun terpaksa mengambil jalan pintas. Mereka juga berpendapat bahawa diri mereka lebih pintar dan hebat berbanding dengan orang lain. Mereka menganggap orang yang lebih tua ketinggalan zaman dan berpendangan kolot. Kadang-kadang hal ini menghalang kaum muda dan orang dewasa menjalankan kerjasama khususnya dalam pelayanan.

Sikap terhadap pelayanan anak muda.

Sebagai pelayan yang lebih matang, kita seharusnya perlu memahami mereka walaupun  melayani anak-anak muda bukan suatu yang mudah. Kita perlu panjang sabar melihat tabiat mereka dan lebih melihat potensi positif yang ada pada mereka. Kecenderungan kita yang dewasa adalah, menilai mereka dengan cermin mata kita sendiri. Kadang kala kita lupa bahawa kita pernah melalui zaman keremajaan dan melakukan hal yang sama dengan apa yang mereka perbuat.

Pelayanan Muda-Mudi (PMM) SIB Metro City Mall.

Keberadaan gereja kita di City Mall bukanlah suatu kebetulan, tetapi Tuhan mempunyai maksud tersendiri. Ini sesuai dengan inisiatif Tuhan sendiri bahawa Kristus sendiri datang kepada manusia dan melayani manusia. Gereja ini berada di tempat strategi iaitu tempat orang-orang berkumpul. Keunikan gereja SIB Metro City Mall sekaligus menjadi keunikan gereja pelayanan muda-mudi di gereja ini. Saya mahu melihat PMM dalam gereja ini berada di barisan hadapan bagi mencapai visi gereja SIB menyeluruh. Pelayanan PMM di gereja ini pasti tidak akan sama dengan pelayanan PMM di gereja yang lain. Walupun sepertinya sudah ada ciri-ciri terhadap PMM di gereja ini, namun kita masih berdoa dan membincangkan di kalangan PMM, mengenai apakah penekanan PMM dalam gereja ini. Gereja ini baru saja bermula dan setiap pelayanan sedang diaturkan pada posisi yang tepat dan pada masa yang tepat. Saya percaya PMM dalam gereja ini akan menjadi tunggak utama bagi pelayanan di gereja ini iaitu mentaati Amanat Agung Tuhan Yesus dan  menjadi terang, garam dunia.

Kesimpulan.

Pelayanan PMM dalam gereja ini tidak lari daripada visi PMM SIB Sabah namun melayani dalam kapasiti sebagai PMM dalam gereja. PMM dalam gereja ini memiliki keunikannya tersendiri iaitu tersirat dalam potensinya yang sungguh besar. Walaupun kekuatan PMM dalam gereja ini terserlah namun tidak terhindar daripada kelemahan manusiawi, namun ini semuanya dapat diatasi dengan pimpinan suara Tuhan dan kefahaman yang tinggi dari pemimpin yang diurapi oleh Tuhan. Saya ingin mendorong agar PMM dalam gereja ini akan berusaha untuk mencapai kehendak Tuhan dan menerima janji-janji Abraham, Ishak dan Yakub.

 


Ps Bios Solingkin
SIB Metro Church


Lastest Articles



The Quest for Biblical Church Structure



I'M FREE



INSURANCE AND OUR FAITH IN GOD'S PROVISION



Yes be yes, no be no.



He gives us sleep and rest!



More

Designed by Angelina Hiew, angelina_hiew@hotmail.com